Cepat sungguh masa berlalu. Macam tak sangka pulak dah ada anak besar. Masih segar dalam ingatan, pengalaman pertama mengandung. Bersyukur saya dapat suami yang memahami. banyak kerenah saya yang terpaksa dihadapinya. Emosi saya terlalu sensitif. mungkin kerana itulah anak sulung saya ni cukup sensitif. Mudah sungguh mengalirkan airmata. Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga saya yang begitu mengambil berat tentang saya dan keluarga. Sampai ke hari ini. Bila suami saya kurang sihat pada hari raya tempohari, semua mengambil berat..... sampai ke hari ini. Walaupun ada yang jauh beribu batu, namun tetap bertanya khabar berita. Terima kasih mak abah, mengajar kami semua pentingnya ikatan kasih sayang.
Terasa diri semakin 'tua' pulak. Walaupun Nina baru berusia 9 tahun, tapi dia nampak lebih matang dari usianya. Mungkin kerana ketinggiannya melebihi had purata...hehehe...tapi alhamdulillah... yang penting sihat. Ada kawan mummy nak shopping....hihihiii...