Tuesday, October 6, 2009

Anak bujang mummy....

Posted by habsahmoktar at 8:32 AM 3 comments


Ini anak bujang saya yg sorang...sorang je ke? Setakat ni baru sorang...kesian dia. Selalu bersungut...main sorang2, takde kawan. Sebab tu dia suka jumpa Luqman. Dia ni 'sanguine'. Macam mummy dia. 17 oktober ni genap la 7 tahun..

Wednesday, September 30, 2009

Anak dara mummy...

Posted by habsahmoktar at 8:22 PM 2 comments




Cepat sungguh masa berlalu. Macam tak sangka pulak dah ada anak besar. Masih segar dalam ingatan, pengalaman pertama mengandung. Bersyukur saya dapat suami yang memahami. banyak kerenah saya yang terpaksa dihadapinya. Emosi saya terlalu sensitif. mungkin kerana itulah anak sulung saya ni cukup sensitif. Mudah sungguh mengalirkan airmata. Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga saya yang begitu mengambil berat tentang saya dan keluarga. Sampai ke hari ini. Bila suami saya kurang sihat pada hari raya tempohari, semua mengambil berat..... sampai ke hari ini. Walaupun ada yang jauh beribu batu, namun tetap bertanya khabar berita. Terima kasih mak abah, mengajar kami semua pentingnya ikatan kasih sayang.

Terasa diri semakin 'tua' pulak. Walaupun Nina baru berusia 9 tahun, tapi dia nampak lebih matang dari usianya. Mungkin kerana ketinggiannya melebihi had purata...hehehe...tapi alhamdulillah... yang penting sihat. Ada kawan mummy nak shopping....hihihiii...



Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Raya

Posted by habsahmoktar at 8:32 PM 1 comments

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua. Lama menghilang baru menjelma...saya la tu. Kata kak Na macam biskut, Kata Fardahila hangat2 taik ayam...bukan apa, cuma tidak ada kesempatan. Maklum la, anak sedang membesar.




Gambar ini dirakamkan pada hari raya ketiga di rumah mak abah di Pagoh..sepatutnya baju Hafiz sedondon dengan hubby, tapi dah kotor, terpaksa la meminjam dari Luqman.

Posing maut. Hubby tetap control walaupun kaki tu sakit sebenarnya....


Ini la wanita2 glamer lagi anggun...kemana tumpahnya kuah....

Wednesday, July 22, 2009

Dah jadi nenek...

Posted by habsahmoktar at 8:32 AM 0 comments
Lama dah tak menjenguk ke blog. Bukannya busy sangat pun, cuma macam tak ada masa. Siang sibuk dengan anak2, malam dah keletihan. Bila tengok terkejut jugak tengok layout dah berubah....thank you PA...hehehe. Ini pun sebab tengah YM dengan hubby. Sambil2 la. Sebenarnya hari ni excited sangat...dapat cucu saudara perempuan pagi tadi. Tahniah Faisal & Islah. Comel sungguh. Mariam Hanna, 3.18kg. Tenang aje tengok muka dia. Mungkin sebab Islah rajin mengaji. Bertuah sungguh Kak Noor & abang Musa. Ini bermakna saya dah jadi nenek...alahai. Kalau kak shima dah book gelaran nek 'young', saya nak jadi nek vouge la...hahaha...jangan marah lah kak gee. Rasa macam nak merampasnya dari kak gee je. Gambar2 kami di hospital akan disiarkan kemudian kerana masalah tenikal...(PA lambat upload la plak)

Tuesday, June 23, 2009

Mandi asam jawa

Posted by habsahmoktar at 3:19 AM 2 comments
Sebenarnya dah beberapa kali saya terbaca petua ni. Tapi baru hari ni saya mencubanya. Untuk Melembutkan kulit tubuh-ambil segenggam asam jawa dan campurkan dengan sedikit air. Lumurkan pada seluruh anggota badan. Biarkan selama 15-20 minit dan bersihkan. kulit tubuh akan lebih lembut dan halus. Ambil la masa 15-20 minit tu untuk merehatkan badan sambil mendengar lagu di dalam bath tab ataupun mencuci bilik air. Pasti takkan terasa lama. SELAMAT MENCUBA...

Monday, June 22, 2009

Frust nyer...

Posted by habsahmoktar at 2:07 AM 6 comments







Huaaaa....weekend baru ni, kak Na, kak Maya, kak gee dengan kak Shima balik kampung. Walaupun saya tak ada, tapi saya tau tentu seronok sangat dapat berkumpul ramai2. Lagi2 kak Maya pun ada. Bukan senang nak dapat bermanja dengan kak maya. Saya ikut husband pergi ke Kuantan. Ada majlis pecah tanah projek Tanjung Agas kat Pekan Pahang. Memandangkan selalu sangat kena tinggal saya pun ikut la. Dan saya pun terlepas la peluang untuk bersama2 dengan kakak2 saya yang sentiasa merasa diri mereka masih lagi muda remaja. Kami ada tujuh beradik perempuan. Kalau jumpa, gamat suasana. Lupa suami kat sebelah. Dah takde nak control ayu lagi. Kalau ketawa....dari rumah mak long pun boleh dengar. Seronok sangat. Walaupun kami semua kat KL dan Selangor(kecuali kak Maya kat Terengganu), jarang kami dapat jumpa. Masing2 sibuk. Tak sabar nak tunggu hari raya ni... Lepas tu siap gi jalan2 kat Melaka pulak tu....Geram je...


Fathers Day

Posted by habsahmoktar at 12:47 AM 0 comments







Semalam Fathers Day...Selamat hari bapa untuk semua bapa2. Buat suami, thank you abang, you are a great father. Thank you for everything...Buat abah, abah banyak mengajar anak2 menjadi manusia yang berguna. Abah menjadi idola anak2, menantu, dan cucu2 abah. Semalam ingatkan nak belanja makan, so saya pun offer la suruh husband pilih menu dengan tempat.....tau tak apa pilihannya???? Abang nak makan asam pedas ikan keli mummy masak...hahaha. Kesian pulak kat husband, dah lama sebenarnya teringin tapi tak sempat2 nak masakkan. Jadinya semalam kami semua menjamu selera yang sangat2 membuka selera...anak2 pun bertambah2 makan. Puas hati semua...