Tuesday, October 6, 2009

Anak bujang mummy....

Posted by habsahmoktar at 8:32 AM 3 comments


Ini anak bujang saya yg sorang...sorang je ke? Setakat ni baru sorang...kesian dia. Selalu bersungut...main sorang2, takde kawan. Sebab tu dia suka jumpa Luqman. Dia ni 'sanguine'. Macam mummy dia. 17 oktober ni genap la 7 tahun..

Wednesday, September 30, 2009

Anak dara mummy...

Posted by habsahmoktar at 8:22 PM 2 comments




Cepat sungguh masa berlalu. Macam tak sangka pulak dah ada anak besar. Masih segar dalam ingatan, pengalaman pertama mengandung. Bersyukur saya dapat suami yang memahami. banyak kerenah saya yang terpaksa dihadapinya. Emosi saya terlalu sensitif. mungkin kerana itulah anak sulung saya ni cukup sensitif. Mudah sungguh mengalirkan airmata. Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga saya yang begitu mengambil berat tentang saya dan keluarga. Sampai ke hari ini. Bila suami saya kurang sihat pada hari raya tempohari, semua mengambil berat..... sampai ke hari ini. Walaupun ada yang jauh beribu batu, namun tetap bertanya khabar berita. Terima kasih mak abah, mengajar kami semua pentingnya ikatan kasih sayang.

Terasa diri semakin 'tua' pulak. Walaupun Nina baru berusia 9 tahun, tapi dia nampak lebih matang dari usianya. Mungkin kerana ketinggiannya melebihi had purata...hehehe...tapi alhamdulillah... yang penting sihat. Ada kawan mummy nak shopping....hihihiii...



Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Raya

Posted by habsahmoktar at 8:32 PM 1 comments

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua. Lama menghilang baru menjelma...saya la tu. Kata kak Na macam biskut, Kata Fardahila hangat2 taik ayam...bukan apa, cuma tidak ada kesempatan. Maklum la, anak sedang membesar.




Gambar ini dirakamkan pada hari raya ketiga di rumah mak abah di Pagoh..sepatutnya baju Hafiz sedondon dengan hubby, tapi dah kotor, terpaksa la meminjam dari Luqman.

Posing maut. Hubby tetap control walaupun kaki tu sakit sebenarnya....


Ini la wanita2 glamer lagi anggun...kemana tumpahnya kuah....

Wednesday, July 22, 2009

Dah jadi nenek...

Posted by habsahmoktar at 8:32 AM 0 comments
Lama dah tak menjenguk ke blog. Bukannya busy sangat pun, cuma macam tak ada masa. Siang sibuk dengan anak2, malam dah keletihan. Bila tengok terkejut jugak tengok layout dah berubah....thank you PA...hehehe. Ini pun sebab tengah YM dengan hubby. Sambil2 la. Sebenarnya hari ni excited sangat...dapat cucu saudara perempuan pagi tadi. Tahniah Faisal & Islah. Comel sungguh. Mariam Hanna, 3.18kg. Tenang aje tengok muka dia. Mungkin sebab Islah rajin mengaji. Bertuah sungguh Kak Noor & abang Musa. Ini bermakna saya dah jadi nenek...alahai. Kalau kak shima dah book gelaran nek 'young', saya nak jadi nek vouge la...hahaha...jangan marah lah kak gee. Rasa macam nak merampasnya dari kak gee je. Gambar2 kami di hospital akan disiarkan kemudian kerana masalah tenikal...(PA lambat upload la plak)

Tuesday, June 23, 2009

Mandi asam jawa

Posted by habsahmoktar at 3:19 AM 2 comments
Sebenarnya dah beberapa kali saya terbaca petua ni. Tapi baru hari ni saya mencubanya. Untuk Melembutkan kulit tubuh-ambil segenggam asam jawa dan campurkan dengan sedikit air. Lumurkan pada seluruh anggota badan. Biarkan selama 15-20 minit dan bersihkan. kulit tubuh akan lebih lembut dan halus. Ambil la masa 15-20 minit tu untuk merehatkan badan sambil mendengar lagu di dalam bath tab ataupun mencuci bilik air. Pasti takkan terasa lama. SELAMAT MENCUBA...

Monday, June 22, 2009

Frust nyer...

Posted by habsahmoktar at 2:07 AM 6 comments







Huaaaa....weekend baru ni, kak Na, kak Maya, kak gee dengan kak Shima balik kampung. Walaupun saya tak ada, tapi saya tau tentu seronok sangat dapat berkumpul ramai2. Lagi2 kak Maya pun ada. Bukan senang nak dapat bermanja dengan kak maya. Saya ikut husband pergi ke Kuantan. Ada majlis pecah tanah projek Tanjung Agas kat Pekan Pahang. Memandangkan selalu sangat kena tinggal saya pun ikut la. Dan saya pun terlepas la peluang untuk bersama2 dengan kakak2 saya yang sentiasa merasa diri mereka masih lagi muda remaja. Kami ada tujuh beradik perempuan. Kalau jumpa, gamat suasana. Lupa suami kat sebelah. Dah takde nak control ayu lagi. Kalau ketawa....dari rumah mak long pun boleh dengar. Seronok sangat. Walaupun kami semua kat KL dan Selangor(kecuali kak Maya kat Terengganu), jarang kami dapat jumpa. Masing2 sibuk. Tak sabar nak tunggu hari raya ni... Lepas tu siap gi jalan2 kat Melaka pulak tu....Geram je...


Fathers Day

Posted by habsahmoktar at 12:47 AM 0 comments







Semalam Fathers Day...Selamat hari bapa untuk semua bapa2. Buat suami, thank you abang, you are a great father. Thank you for everything...Buat abah, abah banyak mengajar anak2 menjadi manusia yang berguna. Abah menjadi idola anak2, menantu, dan cucu2 abah. Semalam ingatkan nak belanja makan, so saya pun offer la suruh husband pilih menu dengan tempat.....tau tak apa pilihannya???? Abang nak makan asam pedas ikan keli mummy masak...hahaha. Kesian pulak kat husband, dah lama sebenarnya teringin tapi tak sempat2 nak masakkan. Jadinya semalam kami semua menjamu selera yang sangat2 membuka selera...anak2 pun bertambah2 makan. Puas hati semua...


Tuesday, June 16, 2009

Tidur

Posted by habsahmoktar at 11:22 PM 1 comments











Sedapnya tidur. Betul la orang selalu kata...tidur tu satu nikmat. Dulu masa anak2 masih kecil, saya selalu mengimpikan untuk tidur tanpa sebarang gangguan. Tapi bila anak2 dah besar , peluang dah ada tidak juga saya gunakan sepenuhnya untuk tidur...hahaha...biasa la sebagai household manager mana la ada masa. Rutin harian padat. Tapi biasanya hujung minggu, samada hari sabtu atau ahad saya dan husband akan habiskan masa dengan 'bermalas-malasan'...dan tidur. Saya cuti bila weekend....(tapi isnin kena pulun la). Thank you sayang.



Monday, June 15, 2009

Baby

Posted by habsahmoktar at 9:42 PM 5 comments





Rasa macam baru hari tu ambik gambar ni.....

Rindu papa...

Posted by habsahmoktar at 8:14 AM 9 comments



Ini la moment yang anak2 selalu rindu. Bila nak tidur anak2 cari. Nak cium bau ketiak. Sekarang ni ok la sikit berbanding dulu. Anak2 cuma nangis dan asyik tanya bila papa balik. Kalau dulu teruk...demam..kalau sekali-sekala tak apa. Selalu. Nasib baik mak dengan abah ajar anak2 bukan setakat belajar je. Jadi saya boleh menghadapinya. Walaupun sukar... Syukur Alhamdulillah. Walaupun kami selalu berjauhan, kami bahagia. Jadi hati senang. Orang selalu tanya...Ok ke selalu husband tinggal? Husband pun pernah tanya. Jawapan saya mudah aje...jangan tanya. Nanti jawapan saya akan buat dia risau. Tuhan saja yang tahu perasaan saya. Hopefully doa saya akan termakbul. Amin.

Birthday Baby

Posted by habsahmoktar at 7:30 AM 3 comments


Hari ni birthday baby. Kesian dia. Papa takde. Nangis dia. Nak potong kek pun nak tunggu papa balik. Rasanya macam baru haritu sakit bersalin. Dah lima tahun rupanya. Masih ingat lagi...malam tu pergi ke Azzaharah untuk check up je. Dah la datang lambat, tunggu husband balik kerja. Klinik dah nak tutup. Nasib baik staff tu kenal and doktor tu pun kawan kak Ani(sebab tu kot diorang tak marah)..hahaha... Bila doktor check je perut, terus dia kata nak buat VE...alamak...dah 3cm. Saya nak balik dulu hantar maid dengan anak2( nina dan apis). Tapi doktor tak bagi. Husband pun hantar la semua ke rumah kak Na. Masa tu kak Na duduk kat Kantan Permai. By the time husband sampai saya pun baru nak masuk labour room. masa tu masih relax lagi...sakit dia datang sikit2. Sekejap2 nurse datang tanya dah sakit ke belum...tapi ok lagi(compare dengan yang before ni). Tiba2 je bila nurse panggil doktor kata saya dah nak bersalin baru la rasa sakit sangat...makin lama makin sakit. Habis husband kat sebelah. Walaupun waktunya singkat, tapi sakit dia rasanya paling sakit. Mungkin sebab masa Nina buat epidural. Then masa Apis ada ambik ubat untuk kurangkan sakit. Pukul 1.55 am lahir la budak yang muka dia tersangat la jawanya...kesian husband. Habis lebam dia. Thank you sayang.
Alhamdulillah...pukul 4.30 am saya dah boleh susukan baby. Saya lebih cergas berbanding yang dulu. Pagi-pagi dah mandi, susukan anak, breakfast. Yang kelakar waktu mak usu datang melawat. Zaki kat atas katil tengah tidur, saya tengah baca paper. Marah mak usu...hahaha... pagi tu jugak doktor benarkan saya balik. Seronok sangat sebab dah rindu kat Nina dengan Apis. Tapi tengahari bru balik coz tunggu mak dengan abah dari kampung......Thank you mak abah. Sayang mak dengan abah sangat2.

Thursday, June 11, 2009

Assalamualaikum...

Posted by habsahmoktar at 4:49 PM 5 comments
Dulu bila kak Na kata dia dan anak2 ada blog, terlintas difikiran..untuk apa? Adik2 ipar, kawan2 pun ada blog jugak...pun untuk apa? Bila saya tanya kat adik ipar, dia kata untuk dapatkan side income. Ok la tu... Tapi bila lama saya follow blog kak na, banyak benda yang saya dapat tahu dan fikir dari apa yang dia publish. Dari situ jugak saya follow blog yang lain2.... ada banyak kelebihan sebenarnya. Bayangkan lah...macam saya, kami ada 11 orang adik beradik, ramai ipar-duai, anak2 buah, ada yang tinggal jauh, ada yang jarang sangat nak jumpa. Jadi saya rasa kalau guna cara seperti ini, senang untuk kita berkongsi cerita. Updated. Contohnya Kak Maya yang kat terengganu pun boleh follow tumbesaran Uddin. Bukan tahu2 jumpa masa raya,Uddin dah besar.... Sebenarnya banyak lagi sebab... Kerana apa yang kita buat tentu bersebab. Cuma 'sebab' itu, samada baik atau tidak. Sebab itu juga la kita tidak boleh cakap besar... hari ini mungkin kita tak memerlukan, tapi akan tiba suatu hari kita mungkin memerlukan....(hahaha...betul tak kak na).