Wednesday, September 30, 2009

Anak dara mummy...

Posted by habsahmoktar at 8:22 PM 2 comments




Cepat sungguh masa berlalu. Macam tak sangka pulak dah ada anak besar. Masih segar dalam ingatan, pengalaman pertama mengandung. Bersyukur saya dapat suami yang memahami. banyak kerenah saya yang terpaksa dihadapinya. Emosi saya terlalu sensitif. mungkin kerana itulah anak sulung saya ni cukup sensitif. Mudah sungguh mengalirkan airmata. Terima kasih juga kepada semua ahli keluarga saya yang begitu mengambil berat tentang saya dan keluarga. Sampai ke hari ini. Bila suami saya kurang sihat pada hari raya tempohari, semua mengambil berat..... sampai ke hari ini. Walaupun ada yang jauh beribu batu, namun tetap bertanya khabar berita. Terima kasih mak abah, mengajar kami semua pentingnya ikatan kasih sayang.

Terasa diri semakin 'tua' pulak. Walaupun Nina baru berusia 9 tahun, tapi dia nampak lebih matang dari usianya. Mungkin kerana ketinggiannya melebihi had purata...hehehe...tapi alhamdulillah... yang penting sihat. Ada kawan mummy nak shopping....hihihiii...



Saturday, September 26, 2009

Selamat Hari Raya

Posted by habsahmoktar at 8:32 PM 1 comments

Rasanya masih belum terlambat untuk saya mengucapkan Selamat Hari Raya Maaf Zahir & Batin kepada semua. Lama menghilang baru menjelma...saya la tu. Kata kak Na macam biskut, Kata Fardahila hangat2 taik ayam...bukan apa, cuma tidak ada kesempatan. Maklum la, anak sedang membesar.




Gambar ini dirakamkan pada hari raya ketiga di rumah mak abah di Pagoh..sepatutnya baju Hafiz sedondon dengan hubby, tapi dah kotor, terpaksa la meminjam dari Luqman.

Posing maut. Hubby tetap control walaupun kaki tu sakit sebenarnya....


Ini la wanita2 glamer lagi anggun...kemana tumpahnya kuah....